Kursus Pengurusan Berkesan Pertubuhan Belia (KPB) Perak & Pahang
KURSUS PENGURUSAN BERKESAN (KPB) PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI PERAK & PAHANG
Cameron Highland - 18-19 Mei 2024
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah melaksanakan Kursus Pengurusan Berkesan (KPB) Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Perak / Pahang di Agro Teknologi Park MARDI, Cameron Highland.
Kursus ini dihadiri seramai 87 orang peserta yang mewakili Majlis Belia Daerah dan badan gabungan serta kelab belia tunggal yang berada di Negeri Perak/ Pahang. Selain daripada memastikan tadbir urus pertubuhan diurus dengan baik, kursus ini juga dapat memberikan kefahaman kepada para peserta tentang pindaan perlembagaan dan penguatkuasaan Akta 668 (Pindaan 2019) serta pelan transisi umur belia.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Ho Chi Yang ADUN Tanah Rata.Turut hadir bersama ialah Tuan Hasnata Hassan, Pendaftar Pertubuhan Belia dan Encik Shamsul bin Musa, Timbalan Pendaftar Pertubuhan Belia , En fadzil bin Ibrahim Pegawai Belia dan Sukan Daerah Cameron Highland, En. Nur Aiman dari Majlis Belia Negeri Pahang.