HBN Sarawak 2024
Bintulu, 18 Mei 2024 - Sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Dewan Sri Kenyalang, UPM Kampus Bintulu, Sarawak telah dirasmikan oleh YB Datuk Ripin Lamat, Timbalan Menteri Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Negeri Sarawak.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Sarawak telah dijemput sebagai salah satu agensi pempamer yang menyediakan perkhidmatan semakan status pendaftaran pertubuhan belia, penghantaran MYKD, pindaan perlembagaan dan khidmat nasihat berkenaan tadbir urus pertubuhan belia.
Pada majlis ini, Kelab Belia Iban Mansang Bawang Assan telah dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Pertubuhan Belia. Terima kasih kepada semua pertubuhan belia dan pengunjung yang telah hadir bagi memeriahkan majlis yang telah diadakan ini.