Libat Urus Tadbir Pertubuhan Belia (L'TUPB 2024) Peringkat Negeri Sabah & WP Labuan
Kota Kinabalu, 11 Mei 2024 - Program Libat Urus Tadbir Pertubuhan Belia (L'TUPB 2024) Peringkat Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berjaya dilaksanakan. Seramai 203 orang peserta yang terdiri daripada pemegang jawatan dan ahli-ahli pertubuhan belia, Pegawai Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah serta belia-belia dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan turut terlibat dalam program ini.
Program ini bertujuan memberi bimbingan berkaitan aspek tadbir urus dalam pertubuhan belia seperti penyediaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Penarafan Bintang Pertubuhan Belia, Integriti Dalam Pertubuhan Belia, Pindaan Perlembagaan Pertubuhan Belia serta Penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia [Akta 668] (Pindaan) 2019.
Puan Marina binti Mohamad, Penolong Pendaftar Kanan dari Cawangan Pemantauan dan Penyelarasan Ibu Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah menyampaikan taklimat berhubung Penarafan Bintang dan Pindaan Akta 668. Puan Suzirani Binti Muamat, Pegawai Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sabah juga telah menyampaikan taklimat dalam program ini.
Maklumbalas daripada peserta amat menggalakkan dan berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.