HBN Peringkat Kebangsaan 2024
Mengangkat tema "Yakin Boleh", Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia turut bersama memeriahkan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 24 hingga 26 Mei 2024 bertempat di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka.
Perdana Menteri, YAB Dato'Seri Anwar Ibrahim hadir menyempurnakan Majlis Perasmian serta penyerahan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pertubuhan belia yang telah berjaya:
Kategori Pertubuhan Belia
Johan:Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin
Naib Johan: Persatuan Belia (MBFM) Felda Jelai 3
Ketiga: Kelab Belia Anak Layangan
Saguhati: Kelab Rakan Muda Tawau
Kategori Pertubuhan Belia Berstatus Kebangsaan
Junior Chamber International Malaysia
Terima kasih juga diucapkan kepada semua pengunjung dan pertubuhan belia yang hadir bagi mendapatkan pelbagai khidmat nasihat sepanjang program berlangsung.