HBN Kelantan 2024
SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2024 PERINGKAT NEGERI KELANTAN
Kota Bharu | 18 Mei 2024
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Timur pada hari ini telah membuka booth sempena Sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV. Terima kasih kepada semua pertubuhan belia dan pengunjung yang telah hadir ke booth ROY bagi memeriahkan program yang dijalankan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli And Halim hadir menyempurnakan majlis perasmian. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, YB Zamakhshari Muhammad dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Tuan Mohd Azhari Mohammad.
Turut berlangsung majlis penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Negeri Kelantan. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kelab Belia Kg. Baru Pak Hussin yang telah menjadi Johan Kategori Pertubuhan Belia.
YB Adam Adli juga berkesempatan menyampaikan sijil pendaftaran Majlis Belia Jajahan Jeli kepada Sdr. Ridhuan Ibrahim selaku Timbalan Yang Dipertua.