Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Negeri Pulau Pinang 2024
EMBARA JUMPA ORANG MUDA (JOM) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
Seberang Perai│ 2 Jun 2024
Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Pulau Pinang telah berlangsung di SP Arena yang mana ianya menjadi platform terbaik bagi membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS.
Antara pengisian aktiviti di bawah Kembara JOM adalah Jom Masuk Persatuan oleh Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang Kedah, Bicara Akta 668 (Pindaan 2019) dan Representasi Pindaan Perlembagaan Pertubuhan Belia oleh Encik Syed Mashor bin Wan Mahbar, Penolong Pendaftar Pejabat ROY dan semestinya Sesi Townhall bersama YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Di akhir program ini juga YB Adam Adli Abd Halim berkesempatan menyampaikan Sijil Penarafan 5 Bintang Negeri Pulau Pinang 2023 kepada Kelab Belia Cergas Permatang Tinggi.
ROY merakamkan jutaan terima kasih kepada semua anak muda Pulau Pinang yang hadir dan terlibat bagi menjayakan program ini. Terima kasih kepada pertubuhan-pertubuhan belia yang sudi hadir ke reruai ROY bagi mendapatkan khidmat nasihat serta menghantar MYKD.