TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH KHAS PEKERJA TERBAIK KBS BIL. 3/2024

Putrajaya, Januari 2025 - Tahniah diucapkan kepada Puan Noorzalikha binti Kamar dan Encik Amir bin Julkree, penerima Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT) Bil. 3/2024 bagi bulan Julai, Ogos, dan September 2024 Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Pengiktirafan ini disampaikan oleh YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, dalam satu majlis khas bagi meraikan kecemerlangan dan dedikasi warga kerja kementerian.
Penganugerahan ini bertujuan menghargai usaha luar biasa yang telah ditunjukkan oleh Puan Noorzalikha dan Encik Amir dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang, seterusnya menyumbang kepada keberhasilan kementerian.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua warga KBS untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan.
