Kuala Terengganu 12 Mei 2026, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur telah dijemput oleh Jabatan Belia dan sukan negeri Terengganu bagi membantu pihak jabatan memilih Pertubuhan Belia yang layak menerima dana program Agrobelia Lestari @rakan mahir 2026 Peringkat Negeri Terengganu.
Antara fungsi dan peranan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur mengenalpasti Pertubuhan belia tersebut berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dan menghantar Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) yang lengkap.
Semoga kewujudan program seperti ini akan merancakkan lagi sosioekonomi pertubuhan belia dan turut merancakkan lagi Pertubuhan Belia menghantar Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) pada setiap tahun selepas mengadakan Mesyuarat Agung Pertubuhan.
