SESI PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI PAHANG 2025
Kuantan, 13 Mac 2025 – Sesi penilaian bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Pahang bagi Kategori Pertubuhan Belia telah berlangsung di Yayasan Pahang. Penilaian ini bertujuan mengiktiraf pertubuhan belia yang cemerlang dalam aspek kepimpinan, tadbir urus organisasi, serta sumbangan terhadap pembangunan belia dan masyarakat.
Sebanyak lima pertubuhan belia telah disenarai pendek sebagai calon:
✅ Kelab Belia Raja Laut Kampung Rantau Panjang
✅ Malaysia Future Leaders School (MFLS) Cawangan Negeri Pahang
✅ GB4B Malaysia Kawasan Kuantan
✅ Pertubuhan Belia Felda Keembong Jengka 6
✅ Majlis Belia India Malaysia Cawangan Kuantan

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon. Semoga kejayaan mengiringi usaha mereka dalam memperkasa pembangunan belia di negeri Pahang.