SESI PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025
Kuala Terengganu, 19 Mac 2025 – Puan Hasliza binti Mohd Zin dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur telah dilantik sebagai panel penilai bagi Anugerah Perdana Belia Negara kategori pertubuhan.
Penilaian telah berlangsung selama empat hari, melibatkan tujuh pertubuhan belia di Terengganu, dalam usaha mengiktiraf organisasi belia yang cemerlang.
Senarai pertubuhan yang dinilai:
i) GB4B (M) Mutiara Duyong, Kuala Nerus
ii) Kelab Belia Transformasi Tebing Tembah, Dungun
iii) Kelab Rakan Muda Parlimen Hulu Terengganu
iv) Kelab Belia Padang Jejawi, Setiu
v) Kelab Belia Padang Baloh, Besut
vi) Kelab Belia Bersatu Kampung Padang Mengkuang, Marang
vii) Persatuan Belia Bestari Seberang Baruh, Kuala Terengganu
Selamat maju jaya kepada semua calon yang bertanding!








