BENGKEL TADBIR URUS PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI PAHANG
20 Mac 2025, Kuala Terengganu – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur telah menganjurkan Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Pahang secara dalam talian bagi belia di negeri Pahang yang telah mendapat kelulusan menubuhkan kelab dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
Dalam bengkel ini, beberapa taklimat penting telah disampaikan, antaranya:
i) Taklimat berkaitan pindaan perlembagaan dan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) oleh Puan Hasliza binti Mohd Zin.
ii) Penarafan Bintang (Star Rating) oleh Puan Nurhamizah Binti Kamarun Majif
iii) Slot Inisiatif dan Insentif Belia 2025 oleh Puan Noor Nazurah binti Nerman dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.
Bengkel ini bertujuan untuk memperkukuhkan tadbir urus pertubuhan belia di negeri Pahang serta memberi pendedahan kepada pemimpin belia mengenai aspek perundangan, pematuhan, dan peluang yang tersedia untuk mereka. Diharapkan penganjuran bengkel ini dapat membantu kelab-kelab belia di negeri Pahang dalam mengurus pertubuhan mereka dengan lebih efektif dan berkesan.








