KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA MAYC NEGERI TERENGGANU
Kuala Terengganu, 9 April 2025 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Terengganu, Saudara Muhammad Muzzammil bin Mokhetar, bersama Setiausaha, Saudara Azwan Nazzul bin Mohamad, yang baru dilantik menerusi Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Negeri Terengganu tahun 2024.
Antara intipati perbincangan adalah berkenaan pendaftaran kelab-kelab belia yang bernaung di bawah MAYC Negeri Terengganu serta penganjuran Sesi Libat Urus Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Terengganu yang dijadualkan berlangsung pada 26 April 2025.
Diharapkan perbincangan ini akan membuahkan hasil positif dalam usaha meningkatkan penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), yang merupakan asas penilaian keaktifan pertubuhan belia oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.


