SESI PERJUMPAAN PEGAWAI SKIM PERKHIDMATAN BELIA DAN SUKAN BERSAMA YBRS. KP JBSN
Putrajaya | 11April 2025 - Warga Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) hari ini telah menghadiri sesi perjumpaan pegawai Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan bersama YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), yang berlangsung di Menara KBS, Putrajaya.
Sesi ini menjadi medan penting bagi ROY dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) untuk berkongsi pandangan, menyuarakan cadangan penambahbaikan, serta mendapatkan penjelasan berkenaan hala tuju JBSN dan skim perkhidmatan bagi tahun 2025.
Sebagai agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), ROY komited untuk terus memperkasa fungsi dan mandatnya dalam mengurus tadbir pertubuhan belia selaras dengan perkembangan semasa.
Turut hadir, Encik Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia; Puan Mohsinar binti Abdul Malek, Timbalan Pesuruhjaya Sukan; dan Puan Suraya binti Sulaiman, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan JBSN.
ROY akan terus berganding bahu bersama JBSN dan PJS demi memastikan ekosistem pembangunan belia dan sukan negara terus maju dan berdaya saing.




ROY akan terus berganding bahu bersama JBSN dan PJS demi memastikan ekosistem pembangunan belia dan sukan negara terus maju dan berdaya saing.




