MESYUARAT PENGURUSAN PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA BIL. 1/2025
Putrajaya | 15 April 2025 - Bertempat di Dewan Perhimpunan MOSTI Aras 4 Kompleks C, Putrajaya telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Bil.1/2025 yang telah dipengerusikan oleh En. Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia.
Mesyuarat yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan ROY ini diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran, kewangan serta pembentangan pelaporan cawangan. Mesyuarat pengurusan ini berakhir dengan meriah di Pejabat ROY dengan penganjuran Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga ROY. Majlis tersebut dihadiri oleh seluruh warga ROY yang sama-sama menyediakan pelbagai juadah untuk dinikmati. Walaupun ia diadakan secara sederhana dan ringkas tetapi suasananya tetap meriah dengan pelbagai hidangan tradisi istimewa. Majlis yang diadakan ini juga dapat menyatupadukan seluruh warga ROY seterusnya menjalinkan ukhuwah dan silaturrahim sesama staf seiring dengan matlamat Aidilfitri yang kita raikan saban tahun.
Warga ROY juga merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Nurul Sheema Binti Kamaruzaman dan Pn. Koh Mei Ching yang akan bertukar ke penempatan baharu. Tuan Pendaftar juga telah menyampaikan cenderamata sebagai tanda ingatan. Selamat maju jaya diucapkan.






