SIDANG MEDIA TOYM 2025
Pendaftar Pertubuhan Belia Hadir ke Sidang Media TOYM 2025
Pada 18 April 2025, Tuan Pendaftar Pertubuhan Belia telah menghadiri sidang media rasmi sempena pelancaran projek Ten Outstanding Young Malaysians (TOYM) 2025 anjuran JCI Malaysia, bertempat di Hyatt Place, Bukit Bintang.
Projek ini bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan luar biasa golongan belia dalam pelbagai bidang—satu usaha murni yang menyokong pembangunan belia negara.


