KURSUS PENGURUSAN BERKESAN PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
4 MEI 2025 | Kuala Lumpur
Program Kursus Pengurusan Berkesan Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan telah diadakan dengan jayanya pada 2-4 Mei 2025 bertempat di Hotel Eastin Kuala Lumpur
Sejumlah 106 peserta dari kalangan pemegang jawatan pertubuhan belia Induk kebangsaan, Kelab Tunggal, MBN, MBD, Kelab Rakan Muda dan Sekretariat Rakan Muda yang berumur bawah 30 tahun telah menyertai program ini.
Pengisian Program antaranya adalah:
- Sesi Taklimat Malaysia Madani oleh En. Mohd Yuhanis bin Mohammad Yusof dari Akedemi Kenegaraan Malaysia (AKM).
- Taklimat Intergriti Dalam Pertubuhan Belia oleh En. Muhammad Afiq Zharfan bin Ibrahim dari Institut Integriti Malaysia (IIM).
- Taklimat Dana Bantuan Aktiviti / Program, En Mohd Azreen bin Abd Aziz & En Mohd Mu'azam Shah bin Abd Mutalib dari JBSN.
- Taklimat Penyediaan MYKD dan Star Rating oleh En Muhammad Mohsien bin Jamaluddin Dari ROY
- Taklimat Simulasi Pengendalian mesyuarat dan penyediaan minit mesyuarat oleh En Mohd Firdaus bin Mazlan Dari ROY.
Majlis Penutup disempurnakan oleh YBhg En Izzat Afifi bin Hj Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia. Turut hadir En Shamsul bin Musa, Timbalan Pendaftar Pertubuhan Belia, En Zul Fadhli, Timbalan Pengarah JBS WPKL serta Presiden/Pengerusi dari Pertubuhan Belia Induk Kebangsaan, Majlis Belia WPKL dan Majlis Belia Kawasan
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung bagi menjayakan program ini
