KURSUS PEMANTAPAN PELAN TRANSISI BELIA 2025

Langkawi, 5 Jun 2025 – Kursus Pemantapan Pelan Transisi Belia 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 3 hingga 5 Jun 2025 bertempat di Institut Pengurusan Peladang Langkawi, Kedah.

Kursus selama 3 hari ini melibatkan penyertaan sejumlah 35 orang Pegawai Belia dan Sukan dari Jabatan Belia & Sukan Negeri serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan mengenai hala tuju dan peranan Pegawai Belia dan Sukan ke arah pelaksanaan transisi umur belia.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia.
#malaysiaMADANI
#YakinBoleh
#TeamROY
#akta668
