PROGRAM SESI LIBAT URUS PERTUBUHAN BELIA: AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007 (PINDAAN) 2019 PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025

Johor Bahru, 21 Jun 2025 – Program Sesi Libat Urus (SLU) Pertubuhan Belia (Tunggal): Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Pindaan) 2019 Peringkat Negeri Johor 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan penyertaan sebanyak 25 pertubuhan belia tunggal di Negeri Johor.

SLU ini diadakan bertujuan untuk memberi penekanan menyeluruh kepada gerak kerja dan pemantauan pindaan umur, kepimpinan dan keahlian pertubuhan belia agar selari dengan Akta 668 (Pindaan) 2019.
Seramai 58 orang pemimpin pertubuhan belia telah mengikuti program ini yang melibatkan beberapa sesi perkongsian iaitu:
• Bicara Akta 668 & Transisi Kepimpinan Belia: Peranan dan Tanggungjawab Jawatankuasa dalam Pindaan Perlembagaan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia;
• Integriti dalam Pertubuhan Belia oleh SPRM Johor;
• Malaysia Madani oleh Akademi Kenegaraan Malaysia Johor;
• Permohonan Bantuan & Dana Sukan Komuniti oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor

Pemimpin pertubuhan belia yang hadir menyambut baik inisiatif ini dan menyatakan komitmen mereka untuk terus bekerjasama. Melalui pelaksanaan program ini juga diharapkan ia dapat menjadi mekanisma dan platform terbaik bagi meningkatkan lagi kefahaman pimpinan pertubuhan belia berkenaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Pindaan) 2019.
#malaysiaMADANI #YakinBoleh #TeamROY
#SesiLibatUrus #akta668
