ROY Bersama WIRAMUDA PLKN 3.0 Siri 2 Tahun 2025

📍 Auditorium BKTD, Kem Rejimen 515 AW (WP Kuala Lumpur) │ 19 Jun 2025
📍 Dewan Makan, Kem Rejimen 505 AW (Pekan, Pahang) │ 21 Jun 2025
ROY Bersama WIRAMUDA PLKN 3.0 Siri 2 Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di dua (2) lokasi bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada para wiramuda berkaitan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668 - Pindaan A1602) yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2026, khususnya berkaitan penurunan had umur belia daripada 40 kepada 30 tahun. Selain itu, slot ini turut memberi penekanan terhadap pemerkasaan kepimpinan belia muda, kelebihan menyertai pertubuhan belia, serta panduan dan tatacara pendaftaran pertubuhan belia secara rasmi melalui saluran yang disediakan oleh kerajaan.
📍 Sesi di Kem Rejimen 515 AW (WP Kuala Lumpur)
📅 Tarikh: 19 Jun 2025 (Khamis)
👥 Jumlah penyertaan: 187 pelatih Wiramuda (Wanita)
👤 Penceramah ROY: Encik Mohd Azlan bin Bahrin
👤 Wakil PLKN: Mejar Mohd Solehin bin Ahmad, Komandan Latihan Cawangan Latihan Khidmat Negara 515
📍 Sesi di Kem Rejimen 505 AW (Pekan, Pahang)
📅 Tarikh: 21 Jun 2025
👥 Jumlah penyertaan: 257 pelatih Wiramuda (Lelaki)
👤 Penceramah ROY: Encik Muhammad Mohsien bin Jamaluddin
👤 Wakil PLKN: Kapten Mohamad Shahril bin Mohamad Sofi, Timbalan Komandan Latihan Cawangan Latihan Khidmat Negara 505

Diharapkan agar slot ROY Bersama WIRAMUDA PLKN 3.0 Siri 2 Tahun 2025 ini dapat meningkatkan kefahaman para Wiramuda terhadap pindaan Akta 668 serta implikasinya terhadap kepimpinan dan penyertaan belia dalam pertubuhan yang sah. Slot ini juga diharap dapat menyemai semangat kepimpinan dalam kalangan belia muda, menggalakkan penglibatan aktif dalam pertubuhan belia, serta mendorong mereka untuk mengambil langkah proaktif dalam mendaftarkan pertubuhan secara rasmi sebagai platform pembangunan diri dan komuniti.

#malaysiaMADANI #YakinBoleh #TeamROY
#akta668
