Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang I

Kuala Lumpur, 10 Julai 2025 – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang I, Penggal Ke-35, Sesi 2025-2026 telah dilaksanakan bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur. YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir mempengerusikan majlis ini dan turut hadir YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan. Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) diketuai oleh YBrs. Encik Hasnata Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia dan pegawai-pegawai ROY juga hadir ke majlis ini.

MPBN merupakan sesi engagement dan persidangan intelektual dalam kalangan pemimpin pertubuhan belia negeri dan kebangsaan bersama wakil-wakil kementerian dan agensi serta bertindak selaku badan perunding dan penasihat berhubung isu-isu pembangunan belia seperti yang telah diperuntukkan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
