Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Sabah telah menerima kunjungan daripada Puan Nuralisa Maisarah Wasni selaku Pengerusi Kelab Belia Kampung Kawang Lama
KOTA KINABALU, 16 JULAI 2025 - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Sabah telah menerima kunjungan daripada Puan Nuralisa Maisarah Wasni selaku Pengerusi Kelab Belia Kampung Kawang Lama. 
Kunjungan beliau bertujuan untuk menyerahkan laporan Maklumat Yang Kena DiBeri (MYKD) yang merupakan MYKD pertama bagi kelab ini. Laporan Maklumat Yang Kena DiBeri adalah pelaporan yang wajib dihantar oleh setiap kelab yang berdaftar dibawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia selaras dengan Seksyen 22, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].
Diharapkan agar kelab ini mampu memberi komitmen penuh mereka dalam tadbir urus kelab dan penghantaran MYKD setiap tahunan tanpa gagal.
