Program Sesi Libat Urus Pertubuhan Belia (Tunggal) :Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019, (Akta A1602) Peringkat Negeri Kelantan
26 Julai 2025 Kota Bharu, Program Sesi Libat Urus Pertubuhan Belia (Tunggal) :Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019, (Akta A1602) Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan di hotel Holiday Villa& suite Kota Bharu Kelantan dengan penyertaan seramai 42 orang terdiri daripada mereka yang memegang jawatan dalam pertubuhan belia tunggal


Antara pengisian program ceramah berkaitan Transisi kepimpinan Belia, pindaan perlembagaan serta peranan dan tanggungjawab jawatan kuasa dalam pindaan perlembagaan oleh Pegawai Pendaftar Kanan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur, integriti Pertubuhan belia oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Kelantan, Malaysia Madani oleh Akademi Kenegaraan Malaysia dan ceramah berkaitan geran padanan dan bantuan oleh timbalan pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan


Pendaftar Pertubuhan Belia Encik Hasnata bin Hasan telah merasmikan majlis penutup program dan penyerahan sijil kepada Kelab Belia yang baru ditubuhkan dan Wakil Kelab Belia Rakan Muda Machang menyerahkan borang pindaan perlembagaan

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program pada hari ini, semoga proses pindaan perlembagaan berjalan dengan lancar

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program pada hari ini, semoga proses pindaan perlembagaan berjalan dengan lancar
