KOTA KINABALU, 5 OGOS 2025;
KOTA KINABALU, 5 OGOS 2025;
Encik Erzan bin Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan dari Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah Bahagian Keningau telah hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Sabah.
Tujuan kehadiran beliau adalah untuk menghantar dokumen pendaftaran bagi Kelab Belia Kampung Terasing. Selain itu, Encik Erzan juga telah mewakili Kelab Belia Kampung Masalui dari Daerah kecil Sook dan Kelab Belia Gemilang Kampung Membulu dari Daerah Keningau untuk mengambil Sijil Pendaftaran bagi kelab-kelab tersebut.
Seperti sebelum ini, sijil ini akan diberikan secara serahan tangan kepada Pengerusi, Setiausaha atau wakil kelab masing-masing. Ketika serahan sijil, ahli kelab akan diberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar berhubung pelaksanaan Mesyuarat Agung Pertama, Lantikan Pemegang Jawatankuasa, Pembukaan Akaun Bank dan Penyediaan Laporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) pertama. Kelab-kelab baru di Sook dan Keningau ini telah mengikuti Program Sesi Libat Urus Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 yang telah diadakan pada bulan April 2025 lalu, oleh itu kelab telah sedia maklum berhubung Pelan Transisi Umur Belia yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2026.
Tahniah diucapkan kepada Kelab Belia Kampung Masalui dan Kelab Belia Gemilang Kampung Membulu. Dengan ini diharapkan agar kelab-kelab belia di Bahagian Keningau khususnya dapat memberikan komitmen dalam pembangunan belia dan mampu menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat di sekitar mereka.
