KOTA KINABALU, 4 Ogos 2025
KOTA KINABALU, 4 Ogos 2025
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Sabah telah menerima kunjungan daripada Pengerusi Kelab Remaja Kampung Ulu Kimanis, Puan Dayang Alusiaasyurah binti Robert. Kunjungan Puan Dayang ke Pejabat ROY Zon Sabah adalah bertujuan untuk mendapatkan Sijil Pendaftaran Kelab Remaja Kampung Ulu Kimanis.
Dalam kunjungan ini, Puan Dayang turut menerima sedikit bimbingan dan panduan dalam pelaksanaan Mesyuarat Agung Kali Pertama yang perlu dilaksanakan selepas mendapat sijil pendaftaran kelab yang merangkumi pelantikan semula ahli jawatankuasa baharu mengikut perlembagaan kelab dan penyediaan laporan Maklumat Yang Kena Diberi. Beliau juga turut diingatkan untuk menyediakan laporan MYKD mengikut tempoh yang telah diberikan. Laporan MYKD Pertama yang perlu dihantar adalah ;
- Borang PPB09
- Minit Mesyuarat Agung Pertama
- Senarai pemegang jawatan
- Senarai keahlian kelab
Dengan sedikit bimbingan yang telah diberikan, diharapkan agar Kelab Remaja Kampung Ulu Kimanis dapat melengkapkan MYKD dalam tempoh yang telah ditetapkan serta sentiasa konsisten dalam penghantaran MYKD. Diharapkan juga agar kelab dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan belia komuniti setempat.
