Tuan Pendaftar, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia iaitu Tuan Hasnata Bin Hasan telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Negeri Johor
Johor Bahru, 14 Ogos 2025 -Tuan Pendaftar, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia iaitu Tuan Hasnata Bin Hasan telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Negeri Johor. Kehadiran beliau telah disambut oleh Puan Maisara Ashran binti Mustaffa, Pengarah ROS Negeri Johor


Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan berkenaan pindaan Akta 668 (A1602) yang akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2026 dan implikasi penguatkuasaan pindaan akta ini, membincangkan isu berkaitan migrasi pertubuhan belia yang ingin mendaftar di bawah ROS selepas pindaan berkuatkuasa sepenuhnya dan mendapatkan sokongan daripada ROS Negeri Johor berhubung migrasi pendaftaran pertubuhan dari ROY ke ROS



Diharap dengan kunjungan ini akan merancakkan lagi pertumbuhan dan pembangunan belia melalui pertubuhan pasca belia/alumni yang akan menyumbang dan memainkan peranan sebagai penasihat, fasilitator, mentor dan seumpamanya
