PROGRAM TRAINING OF TRAINER KENEGARAAN MADANI ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
PROGRAM TRAINING OF TRAINER KENEGARAAN MADANI ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


Rembau, Negeri Sembilan | 17 Ogos 2025 - Tahniah diucapkan kepada ABIM Kebangsaan kerana telah menjayakan Program Training of Trainer Kenegaraan Madani bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan.

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah dijemput untuk bersama-sama memberi perkongsian serba sedikit mengenai Modul Pengurusan MYKD dan Modul Penarafan Bintang kepada para peserta yang hadir. Sesi perkongsian tersebut telah disampaikan oleh Puan Nurhamizah binti Kamarun Majif, Penolong Pendaftar dari Cawangan Penyelarasan dan Pemantauan.


Seramai 54 orang belia dan beliawanis yang terdiri daripada barisan kepimpinan ABIM Induk, Negeri, Daerah dan Cawangan telah hadir dan mengikuti Program ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada ABIM juga para peserta yang telah menunjukkan komitmen dan perhatian penuh dalam menjayakan program ini.
