MAJLIS BELIA DAERAH PERAK TENGAH | PENYERAHAN BORANG PINDAAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
MAJLIS BELIA DAERAH PERAK TENGAH | PENYERAHAN BORANG PINDAAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN


Putrajaya, 20 Ogos 2025 – Syabas kepada Majlis Belia Daerah (MBD) Perak Tengah kerana menyahut baik transisi kepimpinan belia negara. Saudara Megat Muhammad Jamil Bin Megat Azahar, Pengerusi MBD Perak Tengah telah menyerahkan Borang Pindaan Perlembagaan Pertubuhan [Selaras Peruntukan Pindaan Akta 668 (Akta A1602)] kepada YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan selepas berlangsungnya Sesi Dialog Belanjawan Bagi Tahun 2026 Bersama Pemegang Taruh Belia dan Sukan. Semoga ianya menjadi contoh kepada pertubuhan-pertubuhan belia untuk menyokong transisi kepimpinan belia.
