PENYERAHAN BORANG PINDAAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN [SELARAS PERUNTUKAN PINDAAN AKTA 668 (AKTA A1602)]
16.08.2025 - *PENYERAHAN BORANG PINDAAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN [SELARAS PERUNTUKAN PINDAAN AKTA 668 (AKTA A1602)]*.


Kuala Lumpur, 16 Ogos 2025 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah telah mengadakan Program Sesi Libat Urus (SLU) Pertubuhan Belia (Tunggal) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya dan Negeri Selangor bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur.
Dalam program tersebut, sebanyak tujuh(7) pertubuhan belia telah menyerahkan Borang Pindaan Perlembagaan Pertubuhan kepada pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah.
Senarai pertubuhan yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Kelab Belia Bt 26 PKNS Beranang
2. Kelab Belia Ijok Jaya
3. Kelab Rakan Muda Ampang Baru
4. Kelab Rakan Muda Sungai Buaya
5. Kelab Belia Tasek Tambahan
6. Kelab Belia Qaseh Kajang
7. Kelab Belia Pantai Dalam
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak ROY bagi memastikan pertubuhan belia sentiasa mematuhi peruntukan pindaan akta 668 berdasarkan takrifan umur belia 15 hingga 30 tahun yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.
