Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bera dengan kerjasama Malaysia Belia Daerah Bera
Bera Pahang 24 Ogos 2025. Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bera dengan kerjasama Malaysia Belia Daerah Bera telah mengadakan program berkaitan tatacara penyediaan Maklumat Yang Kena Diberi(MYKD) kepada ahli jawatankuasa Majlis Belia Daerah Bera dan Pertubuhan Belia di daerah Bera.


Pegawai Pendaftar Kanan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur telah menyampaikan taklimat penyediaan MYKD yang betul dan telah menjawab beberapa soalan berkaitan permasalahan urus tadbir pertubuhan belia.
Tahniah diucapkan kepada pihak yang mengadakan program seperti ini kerana para belia lebih memahami berkaitan tatacara pengisian MYKD bila disampaikan secara bersemuka seperti ini.
Tahniah diucapkan kepada pihak yang mengadakan program seperti ini kerana para belia lebih memahami berkaitan tatacara pengisian MYKD bila disampaikan secara bersemuka seperti ini.
Semoga ada peningkatan penghantaran MYKD bagi daerah Bera
