PROGRAM PETRA JAYA LIP LAP 2025
PROGRAM PETRA JAYA LIP LAP 2025
Kuching, 20 September 2025 - Program Petra Jaya Lip Lap 2025 anjuran Kelab Belia Prihatin Bandar Kuching (KBPBK) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.


Pelbagai pengisian aktiviti sepanjang program ini diadakan melibatkan belia-belia sekitar Kuching. Antara aktiviti tersebut adalah Treasure Hunt SDG, car autoshow, pertandingan catur, jualan rahmah, sukan rakyat dan pameran agensi.
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak dijemput sebagai pempamer yang menyediakan khidmat nasihat berkenaan tadbir urus pertubuhan belia.
Pejabat ROY Zon Sarawak juga telah menyerahkan Sijil Penarafan Bintang kepada pertubuhan belia sekitar Kuching iaitu;
* Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak
* Angkatan Belia MFLS Cawangan Negeri Sarawak
* Persatuan Belia Kampung Pandan Lundu
* Kelab Belia Prihatin Bandar Kuching
* Kelab Belia Kampung Siru Dayak
Tahniah diucapkan kepada Kelab Belia Prihatin Bandar Kuching (KBPBK) atas kejayaan penganjuran program ini semoga menjadi contoh kepada pertubuhan belia yang lain dalam usaha pembangunan belia di Sarawak.
