PROGRAM BICARA TRANSISI BELIA PERINGKAT ZON SABAH TAHUN 2025


PROGRAM BICARA TRANSISI BELIA PERINGKAT ZON SABAH TAHUN 2025
Program Bicara Transisi Belia Peringkat Zon Sabah telah dilaksanakan dengan jayanya di Pan Borneo Convention Centre, Kota Kinabalu, Sabah. Program ini melibatkan seramai 237 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia di sekitar Kota Kinabalu, Ranau, Papar, Penampang dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Program Bicara Transisi Belia ini merupakan salah satu platform Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) mendekati pertubuhan belia dan golongan belia yang tidak berpersatuan disamping memberikan khidmat nasihat mengenai masalah yang dihadapi dari segi tadbir urus pertubuhan belia.
Pelbagai pengisian bermanfaat dan penuh dengan informasi dikongsi dalam program ini seperti:
1. “Transisi Belia” yang disampaikan oleh Puan Marina Muhamad, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
2. Forum “Jom Berpersatuan” yang membariskan tiga orang panel iaitu Puan Salmiah Salleh, Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah, Encik Mohd Nur Hilmie Milus, Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah dan Encik Ahmad Farhan Rosli, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia.
3. Slot “Kepimpinan Belia” telah disampaikan oleh Encik Musa Salim, Ketua Penolong Pendaftar (Cawangan Pendaftaran), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
4. Slot “Bicara Kenegaraan: Aku Kasih Malaysia” disampaikan oleh Mohd Amizie Mohd Salleh, Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Saudara Mohd Izzat Afifi bin Haji Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia. Dalam program ini beliau turut menyempurnakan penyerahan Sijil Penarafan Bintang kepada 11 buah kelab dan persatuan dari negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Antaranya Kelab Anak Muda Progresif Beverly Hills, Kelab Belia Kampung Tinutuan, Kelab Belia Inpirasi Benoni, Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Negeri Sabah, Kelab Anak Muda Progresif Taman Kingfisher, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Kelab Anak Muda Aktif Membakut serta dari Wilayah Persekutuan Labuan, Kelab Belia Anak Layangan dan Kelab Belia Kampung Bebuloh. YBrs. Tuan Hasnata Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia dan Puan Mahanum Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan hadir sama dalam majlis ini.
