PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI PERINGKAT NEGERI PERAK

PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI PERINGKAT NEGERI PERAK
19 Oktober 2025 | Batu Gajah, Perak - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama GPMS Cawangan Tambun telah menganjurkan Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Negeri Perak bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak dengan penglibatan peserta yang terdiri daripada belia berpersatuan berumur 18 tahun hingga 25 tahun.
Tujuan program memperkukuh kefahaman dan kemahiran peserta dalam aspek pentadbiran, kepimpinan dan pengurusan maklumat organisasi.
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat mengenai pelaporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) agar peserta diberi pendedahan mengenai kaedah penyampaian maklumat yang berkesan, beretika dan tersusun dalam struktur organisasi. Aktiviti interaktif seperti ceramah, bengkel kumpulan dan latihan simulasi turut dijalankan bagi meningkatkan keupayaan peserta mengurus organisasi dengan lebih sistematik dan berkesan.
Program ini diharap dapat melahirkan golongan belia yang berwibawa, berdaya saing dan mempunyai kefahaman mendalam tentang pengurusan organisasi moden, selaras dengan aspirasi melahirkan pemimpin masa depan yang berintegriti dan profesional.
