PROGRAM JELAJAH BELIA FELCRA BERHAD SARAWAK

PROGRAM JELAJAH BELIA FELCRA BERHAD SARAWAK
Samarahan, 17 Oktober 2025 - Program Jelajah Belia FELCRA Berhad Sarawak telah diadakan di dewan Pejabat Negeri FELCRA Sarawak dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Institusi FELCRA Berhad iaitu Tuan Haji Zainul Anzaid bin Haji Seman.
Program ini bertujuan untuk menarik minat ahli- ahli baru untuk berdaftar sebagai ahli belia FELCRA disamping untuk memberi pendedahan dan peluang kepada golongan belia bagi memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam tentang pengurusan dan pembangunan organisasi belia FELCRA bagi mencapai objektif mereka iaitu untuk memperkasa kepimpinan belia.
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak yang diwakili oleh Pn. Normala binti Razali telah dijemput untuk menyampaikan taklimat berkenaan pengurusan organisasi pada program tersebut.
Semoga belia FELCRA akan terus aktif melaksanakan dan melibatkan diri dalam apa- apa aktiviti atau program untuk kemajuan dan pembangunan belia FELCRA.
