SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN KUCHING 2025


SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN KUCHING 2025
Kuching, 18 Oktober 2025 - Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Kuching Tahun 2025 telah berjalan dengan lancar bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik See Chee How, Ahli Undangan Negeri N19 Batu Lintang. Turut hadir bersama adalah Puan Dayang Hajah Joanita Azizah binti Haji Abang Morshidi, Residen Bahagian Kuching dan Dr. Abang Ismail bin Haji Abang Julhi, Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang.
Pelbagai acara telah diadakan antaranya pertandingan Aerobicton, memanah tradisional, bola jaring, pickleball, e-sport dan pameran daripada agensi kerajaan dan swasta. Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Sarawak telah dijemput sebagai salah satu agensi pempamer pada program tersebut. Antara khidmat yang disediakan oleh pejabat ROY adalah khidmat nasihat pendaftaran, semakan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dan pindaan perlembagaan. Semoga jalinan kerjasama sebegini akan diteruskan pada masa akan datang.
