BENGKEL TADBIR URUS (BTU) PERTUBUHAN BELIA TAHUN 2025 PERINGKAT ZON TENGAH

*BENGKEL TADBIR URUS (BTU) PERTUBUHAN BELIA TAHUN 2025 PERINGKAT ZON TENGAH*
Kuala Lumpur | 18 Oktober 2025 – Bengkel Tadbir Urus (BTU) Pertubuhan Belia Peringkat Zon Tengah telah diadakan di Kafe 56, Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur, dengan penyertaan seramai 30 orang peserta.
Penganjuran bengkel ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) bagi memastikan para pemimpin muda pertubuhan belia mendapat Latihan amali cara tadbir urus pertubuhan belia dengan cekap dan efisien.
Program ini merangkumi pelbagai pengisian utama, antaranya:
Melalui Program ini, para pemimpin muda pertubuhan belia mendapat pengetahuan mengenai kepimpinan, jatidiri, serta teknik menarik minat golongan belia untuk turut serta menjadi ahli pertubuhan belia. Program ini diharap dapat memperkukuh keupayaan tadbir urus pertubuhan belia ke arah pembangunan belia yang lebih berdaya tahan dan progresif.
