MBD KUALA TERENGGANU DAN MBD MARANG MENYERAHKAN BORANG PINDAAN PERLEMBAGAAN SEMPENA PROGRAM HIMPUNAN BELIA TERENGGANU 2.0 DAN GENTA BELIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
MBD KUALA TERENGGANU DAN MBD MARANG MENYERAHKAN BORANG PINDAAN PERLEMBAGAAN SEMPENA PROGRAM HIMPUNAN BELIA TERENGGANU 2.0 DAN GENTA BELIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU


Kuala Nerus, Terengganu, 24 Oktober 2025 - Sempena program Himpunan Belia Terengganu 2.0 dan program Genta Belia 2025 Peringkat Negeri Terengganu, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur turut terlibat dengan mengadakan pameran dan memberi perkhidmatan berkaitan Pendaftaran pertubuhan belia, pindaan umur Belia serta Penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD). Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu saudara Azwan Nazzul bin Shahzairin dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Marang saudara Rifhan bin Noordin telah menyerahkan Borang Pindaan Perlembagaan pertubuhan masing-masing kepada Puan Hasliza Binti Mohd Zin Penolong Pegawai Daftar Kanan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur, selari dengan Subseksyen 21(2) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668]
