PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025

PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025
26 Oktober 2025 | Gopeng, Perak - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menganjurkan Program Pengurusan Organisasi (PPO) bertempat di Nomad Adventure Gopeng, Perak.
Program ini disertai oleh 23 orang belia berumur antara 18 hingga 30 tahun yang mewakili pelbagai persatuan belia sekitar negeri Selangor.
Tujuan utama program ini adalah untuk memantapkan kemahiran kepimpinan dan kecekapan pengurusan organisasi dalam kalangan pemimpin belia agar persatuan dapat beroperasi dengan lebih efektif, berdaya saing dan berimpak tinggi.
Sepanjang program, peserta didedahkan kepada modul seperti:
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat mengenai modul pengurusan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD).
Program ini diharap dapat melahirkan pemimpin belia yang berketerampilan, berdisiplin dan berwawasan, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuh peranan belia dalam pembangunan masyarakat dan negara.
