TAKLIMAT MAKLUMAT YANG KENA DIBERI (MYKD) SEMPENA PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI PERINGKAT NEGERI PAHANG

TAKLIMAT MAKLUMAT YANG KENA DIBERI (MYKD) SEMPENA PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI PERINGKAT NEGERI PAHANG
Raub Pahang 1 November 2025, Penolong Pegawai Kanan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur Puan Hasliza Binti Mohd Zin telah memberi taklimat kepada peserta Program Pengurusan Organisasi Peringkat Negeri Pahang berkaitan tatacara pengisian Maklumat yang Kena Diberi (MYKD)
Beberapa persoalan juga ditanya oleh ahli berkaitan tatacara penubuhan kelab belia di Peringkat daerah
Semoga dengan penerangan ini menjadikan para belia lebih prihatin dan tahu hala tuju tadbir urus pertubuhan supaya menjadi lebih kemas dan sistematik pada masa akan datang
