Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah menganjurkan Kursus Penyeliaan Berkesan Pertubuhan Belia(Sir1) Negeri Sarawak

Kuching - 31 Oktober 2025 (Jumaat), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah menganjurkan Kursus Penyeliaan Berkesan Pertubuhan Belia(Sir1) Negeri Sarawak bertempat di Hotel Grand Continental Kuching. Program ini bermula pada 29 - 31 Oktober melibatkan 27 orang Pegawai Belia Dan Sukan yang berkhidmat di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak, Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian, Institut Kemahiran Belia Negara Dan juga Pegawai Kader di Kementerian Pengajian Tinggi.
Kursus ini bertujuan bagi meningkatkan kefahaman Dan pengetahuan mengenai hala tuju Dan peranan Pegawai Belia Dan Sukan ke arah pelaksanaan Pelan transisi Belia. Disamping itu, kursus ini jugamerupakan platform untuk mendapatkan input dari kalangan peserta akan pelaksanaan transisi umur belia.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Encik Musa bin Salim, Ketua Penolong Pendaftar, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
