PROGRAM TRANSISI BELIA PERINGKAT ZON SARAWAK TAHUN 2025

PROGRAM TRANSISI BELIA PERINGKAT ZON SARAWAK TAHUN 2025
Kuching, 1 November 2025 - Program Transisi Belia Peringkat Zon Sarawak Tahun 2025 telah dilaksanakan di Centre For Technology Excellence Sarawak (CENTEXS) Santubong, Kuching, Sarawak. Seramai 133 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia di sekitar Kuching terlibat dalam program ini. Objektif program adalah untuk mendekati pertubuhan belia dan golongan belia tidak berpersatuan serta merealisasikan persediaan transisi kepimpinan pertubuhan belia yang berumur bawah 30 tahun.
Antara pengisian program ini adalah:
1. "Jom Berpersatuan" oleh En.Abdul Adzim Adzmi bin Abdul Rahman, Exco Majlis Belia Malaysia
2. Integriti Dalam Pertubuhan Belia oleh Tuan Azmizam bin Abdullah, Penolong Kanan Penguasa, SPRM Negeri Sarawak
3. Kepimpinan dan Transisi Belia oleh En. Musa bin Salim, Ketua Penolong Pendaftar, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia
4. Malaysia Madani oleh En. Mohamad Faizal bin Lamat, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Sarawak.
Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Clement Anak Empaling, Timbalan Setiausaha Agung SABERKAS Negeri Sarawak. Turut hadir Saudara Ahmad Farhan Rosli, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia.
