PROGRAM KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 PERINGKAT ZON TENGAH


*PROGRAM KEMBARA JUMPA ORANG MUDA 2.0 PERINGKAT ZON TENGAH*
Sungkai, Perak | 2 November 2025 – Dewan Semai Bakti Felda Gunung Besout 3 Sungkai, Perak menjadi lokasi bagi pelaksanaan Program Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) 2.0 Peringkat Zon Tengah.
Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan sepanjang program, antaranya Program Anak Angkat di Kampung Felda Gunung Besout 3 Sungkai, Slot kenegaraan oleh wakil Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) serta Sesi Bersama ROY berkaitan Pindaan Akta 668, disampaikan oleh Puan Noorzalikha binti Kamar.
Program ini diserikan dengan Sesi Town Hall bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli bin Abd Halim, Pengarah-Pengarah Negeri Selangor, WPKL Dan Perak serta turut hadir Timbalan Pendaftar Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Encik Shamsul bin Musa.
Pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir terutama wakil-wakil Pertubuhan Belia yang memberikan sokongan padu terhadap penganjuran program ini.
Sokongan dan semangat yang ditunjukkan oleh anak muda mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh jaringan dan kerjasama bersama belia di seluruh negara.
