KURSUS PENYELIAAN BERKESAN PERTUBUHAN BELIA TAHUN 2025 SIRI 2

KURSUS PENYELIAAN BERKESAN PERTUBUHAN BELIA TAHUN 2025 SIRI 2
Kota Kinabalu, 6 November 2025 (Khamis) - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah menganjurkan Kursus Penyeliaan Berkesan Pertubuhan Belia Tahun 2025 Siri 2 bertempat di Courtyard Hotel, Kota Kinabalu. Program ini melibatkan Pegawai Belia dan Sukan yang berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian. Kursus ini bertujuan bagi meningkatkan kefahaman dan pengetahuan mengenai hala tuju serta peranan Pegawai Belia dan Sukan ke arah pelaksanaan Pelan Transisi Belia. Disamping itu, kursus ini juga merupakan platform untuk mendapatkan input dari kalangan peserta akan pelaksanaan transisi umur belia.
