PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI (PPO) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2025

PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI (PPO) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2025
*PUSAT KEGIATAN SUKAN AIR BATU FERINGGI, PULAU PINANG, UTARA, KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH , 08.11.2025* – ROY UTARA telah diberikan tanggungjawab untuk menyampai slot berkaitan Pertubuhan Belia pada Program Pengurusan Organisasi Peringkat Negeri Pulau Pinang. Taklimat berkaitan Pindaan Perlembagaan Akta 668 (A1602) telah disampaikan oleh Puan Noor'azah binti Ali @ Ahmad, Penolong Pendaftar Kanan, ROY Zon Utara. Taklimat ini bertujuan perkenalkan ROY dan peranan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia kepada Belia-belia yang hadir dalam PPO ini. Selain itu dalam taklimat tersebut dimaklumkan juga pindaan umur belia akan diturunkan dari 40 tahun kepada 30 tahun akan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2026
