TAKLIMAT PINDAAN PERLEMBAGAAN AKTA 668 (A1602) PERTUBUHAN BELIA DAERAH LANGKAWI 2025

TAKLIMAT PINDAAN PERLEMBAGAAN AKTA 668 (A1602) PERTUBUHAN BELIA DAERAH LANGKAWI 2025
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH LANGKAWI 21.11.2025 – ROY ZON UTARA dengan kerjasama PBSD
Langkawi telah mengadakan taklimat kepada Pertubuhan Belia yang baharu berkenaan penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dan taklimat Pindaan Perlembagaan Akta 668. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Noor'azah binti Ali @ Ahmad, Penolong Pendaftar Kanan ROY Zon Utara. Seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada pertubuhan belia hadir mendengar, bertanyakan soalan dan mendapatkan khidmat nasihat berkenaan kelab mereka. Perjumpaan pada hari ini telah membolehkan persatuan menyerahkan borang PPB 01 untuk mendapatkan sijil, penyerahan MYKD dan persetujuan menandatangani pindaan perlembagaan akta 668 (A 1602). Jutaan terima kasih diucapkan kepada pertubuhan Belia yang sudi hadir dan semua warga PBSD Langkawi yang telah menjayakan taklimat ini
