Program Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) telah melabuh tirainya bagi tahun 2025



Bukit Katil, 29 November 2025 - Program Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) telah melabuh tirainya bagi tahun 2025. Program yang diadakan selama 3hari 2 malam di sekitar Bukit Katil telah menghimpunkan belia sejumlah 500 orang dari negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka selaku tuan rumah bagi edisi terakhir tahun ini.
Kemuncak program, Sesi Townhall bersama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang turut disertai YB Datuk VP Shanmugam, EXCO Belia dan Sukan Negeri Melaka dan YB Datuk Khaidhirah bt Datuk Seri Abu Zahar selaku Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka. Sebelum itu, peserta yang hadir diberi pendedahan bekenaan Pendaftaran Pertubuhan oleh ROY dan Jom Berpesatuan oleh MGBM serta taklimat Malaysia Madani oleh AKM.
Program diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penarafan lima bintang dan sijil pendaftaran baru pertubuhan belia yang turut diiringi Pendaftar Pertubuhan Belia.
