Sesi Libat Urus Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan 2025



30 November 2025, Putrajaya - Pagi yang padat dengan input & hala tuju baharu! Sesi Libat Urus Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 30 November 2025 bertempat di Dewan Damar Sari, Blok F8, Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Putrajaya.
Panel 1: Pn Laila Nazura Nawi, Pengarah Kepimpinan JBSN KBS
Panel 2: YBrs Dr Noor Dasrafeezal Abdul Shukur, Pengarah Digital & Media AKM JPM
Panel 3: Pn Ng Chor Eng, Penolong Setiausaha MBM
Sesi pagi sarat dengan perbincangan strategik, perkongsian idea dan komitmen untuk memperkukuh ekosistem kepimpinan muda ke arah Malaysia MADANI.
Ucapan terima kasih juga kepada semua agensi yang menjayakan pameran interaktif — sokongan anda melengkapkan ekosistem libat urus belia hari ini!
