Sesi petang Sesi Libat Urus Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan 2025



30 November 2025, Putrajaya – Sesi petang Sesi Libat Urus Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan 2025 melabuhkan tirai dengan penuh penghargaan dan penutup yang bermakna!
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan yang menekankan peranan penting organisasi belia dalam menyokong agenda pembangunan negara.
Turut hadir memeriahkan majlis tetamu kehormat termasuk:
-Encik Shahrir Zaman bin Abdul Wahab, Timbalan Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia
-Encik Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia
-Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia
-Saudara Mohammad Syafiq Ridzwan bin Jamaluddin, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia
Terima kasih kepada semua Pengarah-Pengarah Negeri JBSN, wakil kerajaan, pertubuhan belia, rakan agensi dan penggerak ekosistem belia yang hadir bersama kita memperkukuh masa depan kepimpinan muda negara!
