Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II, Penggal Ke-35, Sesi 2025-2026


Kuala Lumpur, 2 Disember 2025 – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II, Penggal Ke-35, Sesi 2025-2026 telah dilaksanakan bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur. YB Hannah Yeoh hadir mempengerusikan majlis ini & turut hadir YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, KSU KBS serta YBrs Pn. Azura bin Abidin KP JBSN. Pejabat ROY diketuai oleh Encik Hasnata Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia & pegawai-pegawai ROY juga hadir ke majlis ini.Dalam ucapan dasarnya, YB Hannah Yeoh memaklumkan bahawa dengan berbaki kurang daripada sebulan sebelum tirai 2025 berlabuh dan memasuki tahun 2026, landskap pembangunan belia di Malaysia dijangka berubah dengan lebih terarah. Perubahan ini dipacu oleh penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 [Akta A1602] bermula 1 Januari 2026, yang antara lainnya menetapkan penurunan had umur belia kepada 30 tahun.
Sidang turut membahaskan tiga usul utama, meliputi isu buli, masalah pengangguran dalam kalangan belia serta maklum balas kementerian dan agensi berkaitan terhadap isu-isu yang dibangkitkan.
Dalam ucapan penggulungan YBM, beliau menyatakan kepada mana-mana Pertubuhan Belia yang memerlukan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) atas faktor-faktor yang relevan seperti kekurangan pemimpin muda, boleh memohon penangguhan tersebut. Pihak KBS sedia mempertimbangkan, namun Pertubuhan Belia perlu mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dan YBM akan mempertimbangkan permohonan tersebut untuk demi kebaikan pembangunan pertubuhan belia dan belia itu sendiri
