MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026 & SejaTi MADANI x BELIA
8 Februari 2026, Pulau Pinang — Majlis Pelancaran SejaTi MADANI x Belia telah berjaya dilaksanakan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia bertempat Sunway Hotel Seberang Jaya, Pulau Pinang, sekali gus menjadi pembuka tirai program belia bagi tahun 2026.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Dr Mohammad Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan. Dalam ucapannya, YB Menteri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri (PMX) melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM atas peluang yang diberikan kepada belia untuk mengakses Geran SejaTi MADANI x Belia bagi memartabatkan peranan dan pembangunan belia di peringkat akar umbi.
YB Menteri turut memaklumkan bahawa geran sehingga RM100,000 disediakan bagi setiap projek merangkumi lima bidang tumpuan utama Program SejaTi MADANI. Beliau menegaskan agar pertubuhan belia tidak melihat peruntukan ini sebagai perbelanjaan one-off, sebaliknya dimanfaatkan secara strategik bagi menggandakan impak sehingga mencecah nilai RM1 juta demi manfaat jangka panjang komuniti.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah:
• YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS
• YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS
• YBhg. Dato’ Haji Zairi bin Haji Mat Ali, Pengarah ICU JPM
• YBrs. Tuan Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia
• Saudara Mohd Izzat Afifi bin Haji Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pertubuhan belia yang menyertai program ini dan komited menjayakan agenda Malaysia MADANI melalui pemerkasaan belia.

