PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2026 & SejaTi MADANI x BELIA
14 Februari 2026, Kedah — Program Santuni Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 & SejaTi MADANI x Belia telah berjaya dilaksanakan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara bertempat di Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah Darul Aman (KISMEC) Sungai Petani, Kedah.
Program ini merupakan siri ke 2 yang diadakan selepas siri pertama di Pulau Pinang bagi tahun 2026. Program Santuni Pertubuhan Belia (SPB) ini telah diisi dengan slot dari Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM yang memberikan penerangan kepada belia cara untuk mengakses Geran SejaTi MADANI x Belia bagi memartabatkan peranan dan pembangunan belia di peringkat akar umbi. Siri kedua ini telah ditambah baik dengan memasukkan slot perkongsian oleh pertubuhan belia yang telah berjaya menjana dan mengembangkan ekonomi pertubuhan mereka serta komuniti setempat melalui geran SejaTi MADANI yang berjaya diperolehi. Siri kali ini telah menjemput En Uzir dari Majlis Belia Daerah (MBD) Yan dengan perniagaan 'Kayak & Kopi" dan Encik Najib dari Gerakan Belia 4B (GB4B) Kedah dengan perniagaan Projek Cetakan Baju'.

Pada majlis peluncuran sebelum ini YB Menteri telah memaklumkan bahawa geran sehingga RM100,000 disediakan bagi setiap projek merangkumi lima bidang tumpuan utama Program SejaTi MADANI. Beliau menegaskan agar pertubuhan belia tidak melihat peruntukan ini sebagai perbelanjaan one-off, sebaliknya dimanfaatkan secara strategik bagi menggandakan impak sehingga mencecah nilai RM1 juta demi manfaat jangka panjang komuniti. Pada program siri kedua ini, YBM telah berbesar hati menyampaikan sijil SejaTi MADANI kepada persatuan belia yang hadir dengan jayanya pada program ini.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pertubuhan belia yang menyertai program ini dan komited menjayakan agenda Malaysia MADANI melalui pemerkasaan belia.